Sambutan tahun baru 2006 digemparkan dengan dua peristiwa yang melibatkan kemurnian dan kesucian Islam. Pertama, anak muda Islam telah menjadi sasaran oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab secara terbuka dengan menawarkan pakej sambutan tahun baru yang berbentuk pesta seks yang dirancang di sebuah pulau peranginan. Kedua, lebih 400 remaja dipercayai anggota kumpulan `Black Metal' ditahan sewaktu menyertai satu konsert haram sempena sambutan tahun baru.
Dua situasi ini menggambarkan betapa meruncingnya tahap dan nilai etika remaja Islam masa kini. Apakah keadaan ini menandakan institusi kekeluargaan semakin terhakis dan tidak lagi berfungsi dalam proses pentarbiahan terawal anak-anak. Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai role model dan qudwah hasanah (teladan) semakin menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran.
Pendidikan tidak formal oleh ibu bapa yang bermula dari rumah meliputi bimbingan dan pemantauan berterusan untuk meningkatkan etika dan peranan remaja perlu dilaksanakan oleh setiap keluarga. Pembangunan nilai berasaskan agama, persediaan memasuki alam remaja dan ketahanan diri menghadapi pergolakan sosial perlu ditanam dalam institusi keluarga.
Oleh yang demikian proses pentarbiahan anak-anak ini mengambil masa yang panjang dan sudah tentu menuntut ibu bapa untuk istiqamah dan memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam apa juga bentuk pengorbanan yang perlu dilakukan agar pembentukan keluarga itu berasaskan ajaran Islam.

2 comments:
Tahniah kerana anda berjaya melengkapkan blog....Betul tu apa yang aki kata,nngn anak-anak remaja sekerang ni memang tak tahu malu....Kita sebagai remaja perlu lah beringat kita ni hamba kat dunia ni bukannya tuan. Bagus blog aki ni Peristiwa ni boleh jadi i'tibar kepada kita semua ....
Assalamualaikum....very nice article..kalau kte tengk remaja sekarang ini memang betul2 rosak akhlaknyer.. macam2 kelakuan negatif yang ditonjolkan. Remaja sekarg ini perlu diselamatkan..mmg betul, remaja2 sekarag ini mudah sangat terikut2 dengan adegan2 dari Barat yang ntah ape2...so. lau bleh,aki perbanyakkn lagi isu2 semasa yang berkaitan ngan remaja untuk tatapan semua..
Post a Comment