Pemilihan pemimpin amat penting untuk menentukan kekuatan sesebuah parti politik. Sistem demokrasi yang diamalkan untuk menentukan pemilihan pemimpin tertinggi dalam parti perlu dilaksanakan secara adil, berhemah dan ikhlas. Kesukaran untuk memilih calon berwibawa merupakan masalah kritikal yang dihadapai umat Islam masa kini. Ini disebabkan beberapa faktor yang sukar untuk diatasi umat Islam.
Antara faktor tersebut ialah ahli-ahli politik lebih menumpukan perhatian kepada perebutan kuasa bukan untuk memperkukuhkan kekuatan parti, proses pemilihan pemimpin perlu melalui pelbagai peringkat dan memakan masa yang lama sehingga menyebabkan pemimpin parti menumpukan perhatian kepada pemilihan calon daripada melaksanakan tugas seharian secara aktif dan kurang tegas dan kental dalam memperjuangkan objektif serta prinsip parti.
Berdasarkan kepada faktor-faktor di atas maka setiap ahli dan pemimpin parti perlu ikhlas serta jujur memilih calon parti supaya agama dan bangsa dapat dibela. Kewibawaan dan kehebatan kepimpinan Islam perlu dijadikan contoh kepada masyarakat dalam negara ini. Konsep universaliti dalam Islam perlu difahami secara jelas supaya setiap bangsa dalam negara ini melihat parti politik Islam dalam perspektif yang positif.
Monday, October 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
salam...kadang-kadang saya pn terfikir, kenapalah pemimpin zaman sekarang ni lebih mementing hal peribadi, ingin tunjuk siapa yang paling berkuasa. pada hal tugas mereka 2 sebenarnya untuk memimpin rakyat, menjaga kepentingan rakyat. tapi realiti hari ini pemimipin sibuk menjaga kepentingan sendiri. bukan xde pemimpin yang betul2 menjalankan amanah, tapi bilangannya amatlah sedikit jika nk di banding dengan pemimpin yang entah ape2 2. so, untuk mengelakkan daripada mendapat pemimpin yang x menjalankan tugas 2, kita mestilah pilih yang betul2 supaya kepentingan kita sebagai rakyat akan terus terbela.ape2 pun syabas kerana berani bersuara and good luck for final exam.
Post a Comment