KONSEP BLOG SAYA
Penulisan blog perkembang aktif bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa dunia ICT. Pelbagai pandangan dan pendapat dapat dikeluarkan dalam penulisan blog ini. Ada yang membicarakan mengenai isu-isu semasa, hal agama, politik dan sebagainya. Penulisan blog yang dihasilkan itu diharap dapat memberi sedikit manfaat dan input kepada sesiapa yang gemar melayari laman-laman blog ini.
Sebagai memenuhi kursus PPPM 3032 Teknologi Maklumat Dakwah, satu kertas projek perlu disiapkan oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar di Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan. Penulisan blog ini sangat berguna sekali kerana ia memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana membuat blog, menulis rencana ataupun isu-isu semasa seterusnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain juga melalui ilmu dan maklumat yang disampaikan itu.
Dalam penulisan blog saya yang beralamat http://cahayawahyu.blogspot.com saya cuba untuk mengupas beberapa isu penting yang perlu kita perhatikan dalam melayari kehidupan kita seharian ini. Antara isu yang dikupas dalam blog ini ialah isu akidah Islam. Di dalam isu ini saya mengupas tentang isu black metal yang mana kumpulan ini terpesong jauh akidahnya daripada landasan Islam yang sebenar.
Isu kedua yang saya bawakan ialah isu pendidikan anak-anak, dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak ibu bapalah antara tunggak utama dalam mencorak anak-anak agar menjadi orang yang berguna kepada bangsa, agama dan Negara. Isu ketiga ialah isu ekonomi Islam, dalam blog ini saya menulis tentang perbankkan Islam yang dijalankan pada masa sekarang. Tidak dilupakan juga isu Negara Islam yang menyentuh tentang fatwa. Isu yang kelima ialah isu penghayatan Islam, dalam isu ini saya menulis tentang perkahwinan campur, adakah mereka yang berkawin campur ini masih lagi menghayati Islam dalam kehidupan mereka.
Isu yang keenam ialah isu pembinaan keluarga Islam yang memerlukan komitmen yang sepenuhnya daripada ibu bapa yang merupakan asas dalam pembinaan keluarga Islam. Isu politik Islam juga dikupas didalam blog ini, dalam isu politik ini saya menekankan tentang ketelusan pemilihan tampuk pemerintahan dalam menggerakkan sesebuah Negara. Isu yang kelapan ialah isu undang-undang Islam, apa yang saya bawakan ialah betapa syumulnya undang-undang yang terdapat dalam Islam. Isu kesembilan ialah isu ilmu-ilmu Islam, ilmu yang ditonjolkan ialah ilmu komunikasi yang mempunyai pelbagai medium seiring dengan perubahan zaman kini. Isu yang terakhir ialah isu penuntut Islam di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di mana saya menulis tentang mahasiswa yang runtuh akhlaknya akibat kejutan budaya kehidupan kampus.
Diharapkan setiap apa yang ditulis dan disampaikan di dalam blog saya ini akan memberikan sedikit tambahan ilmu kepada sahabat-sahabat yang lain apabila membacanya. Saya juga berharap agar kemudahan blog ini dapat dijadikan sebagai medium dakwah yang sangat efisyen dalam menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat di luar sana. Sama-samalah kita manfaatkan medium ini untuk kebaikkan bersama dalam memartabatkan Islam.
Semoga pada masa-masa yang akan datang saya dapat memperbaiki penulisan blog saya agar isu yang di bawa nanti berkembang mengikut arus semasa.

No comments:
Post a Comment