Monday, October 20, 2008

ISU EKONOMI ISLAM

Perkembangan perbankan Islam menjadi semakin rancak di Malaysia. Berdasarkan laporan Berita Harian, 24 Mac lalu, Bank Negara Malaysia meluluskan penubuhan syarikat penuh perbankan Islam kepada Maybank Berhad. Ini bermakna kaunter perbankan Islam di Maybank akan berdiri sebagai satu anak syarikat Maybank yang mempunyai satu entiti berasingan daripada Maybank yang ada pada waktu ini.

Bahagian Perbankan Islam Maybank mempunyai pemilikan aset berasaskan syariah bernilai AS$6.4 bilion, menjadikan ‘Maybank Islamic’ sebagai penyedia perkhidmatan perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik.Pertumbuhan industri perbankan Islam semakin rancak dengan beberapa bank luar negara seperti Citibank dan HSBC Bank dilihat sentiasa memperkemaskan produk perbankan Islam mereka.

Perkembangan pesat perbankan Islam di Malaysia melambangkan keterbukaan masyarakat Malaysia menjadikan perbankan Islam mudah diterima. Kedua, cuaca pelaburan yang memberangsangkan di Malaysia meyakinkan pelabur untuk melabur di negara ini.

No comments: